Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Sunday, May 6, 2012

37: Sabar dan solat


Saya seringkali dihujani oleh permintaan dari rakan-rakan yg mahukan nasihat serta pandangan terhadap sesuatu isu atau perkara. Secara jujurnya, saya bukanlah orang yg baik (atau terbaik) dalam memberikan nasihat/pandangan namun permintaan dari rakan-rakan saya anggap sebagai penghargaan kerana mempercayai saya mempunyai thiqah untuk memberi nasihat/pandangan. Terima kasih, saya sangat menghargainya. 

Saya bukanlah orang yg tabah atau gagah menghadapi mehnah/tribulasi dalam kehidupan. Apa yg kalian lihat pada status-status wall facebook saya yg begitu menceriakan dan memberi semangat, hanyalah luahan kata hati saya agar terus tabah dan gagah dalam kehidupan. Status mampu menipu dan melindungi penulisnya. Keadaan penulis dan status facebooknya adalah 180 darjah perbezaan. 

Tetapi apa yg saya ingin kongsikan disini ialah tentang dua sumber kekuatan - kekuatan batin (jiwa) dan zahir (fizikial). Kata Tuhan, 'Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.' (al Baqarah 2:153). Allah menggandingkann (menggabungkan) sabar dan solat sebagai sumber kekuatan kerana dua sifat ini mampu melahirkan 'synergistic effect' yg luar biasa kekuatannya.

Sabar adalah seberat-berat amalan batin. Sedangkan solat adalah seberat-berat amalan zahir. Maka Tuhan mengingatkan kita dalam surah yg sama (al Baqarah ayat 43), 'Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.' Sabar itu bermaksud menahan. Dalam konteks menghadapi tribulasi/mehnah/musibah, sabar adalah menahan diri daripada melawan takdir Allah dan berusaha menyelesaikannya dengan amal usaha. Sabar juga bererti redha dengan ketentuan Tuhan dan mencari jalan dengan solat. 'Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.' (at Talaq 65:2). 

Apabila jalan yg dilalui terlalu panjang dan jauh, apabila masa menjadi terlalu lama dan berterusan maka kekuatan jiwa akan hampir lupus dan pudar, lalu yang menyambung kekuatan jiwa ini adalah solat. Ini kerana solat merupakan sumber kekuatan jiwa yg tidak pernah kering dan habis. Apabila sabar dan solat digandingkan, solat menambahkan tenaga dan memulihkan jiwa agar tali kesabaran berkekalan dan tidak putus. Solat itu menghubungkan kita dengan Pencipta untuk menjana kekuatan zahir (fizikal) dan menyambung kekuatan batin (jiwa). 'Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.' (Toha 20:14).

Manusia bila berhubung dengan pencipta, akan terjalin suatu komunikasi unik yg dapat meleraikan kekusutan jiwa dan keresahan hati. Seperti kata bijaksana, 'orang yg bersujud mampu berdiri untuk melakukan apa saja. Adakalanya kita perlu berbicara, tetapi butir percakapan kita mungkin tidak difahami atau orang lain tersalah tafsir kata-kata, namun dengan Pencipta manusia yg Maha Mendengar dan Memahami, hanya luahan kata-kata dalam doa dan solat mampu memulihkan tenaga. Manusia yg kuat ialah mereka yg sentiasa menjaga hubungan dengan Tuhannya kerana Tuhan itu Maha Perkasa (al Aziz), Maha Besar (al Akbar), Maha Agung (al Azeem).

Namun apabila manusia berdoa, bersabar dan bersolat kepada Tuhannya, bukanlah bermakna tiada badai atau taufan datang menimpa. Tetapi apabila Tuhan berada disisi manusia, tiada apa yg mampu merebahkan dia. Dia mungkin jatuh berkali-kali, tetapi dia mampu bangkit semula. Kepada yg sedih dengan apa yg menimpa, maka jadikan sabar dan solat sebagai penolong dan penghubung kepada Tuhan. Tuhan adalah segala-galanya, Dia yg menurunkan musibah, Dia yg menyelesaikan masalah. Mintalah kepada Tuhan, dekatlah kepada-Nya dan jadikan Dia sebagai penolong kita. Solat itu adalah amalan di dunia, dan sabar itu mengharapkan balasan di akhirat. Jangan bersedih dengan kehidupan di dunia ini, kita masih mempunyai kehidupan di akhirat. 

Kata Tuhan, 'Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.' (al Baqarah 2:155)

No comments: