Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Tuesday, May 8, 2012

38 : Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah


Pepatah Melayu menyimpulkan 'sudah jatuh ditimpa tangga' - bererti kesusahan berlarutan yg dialami. Kesusahan demi kesusahan bagaikan teman disepanjang perjalanan. Sehingga tiba dipenghujung terowong segala kesusahan, barulah nampak sinar kesenangan. Seperti pepatah Inggeris menyebut, 'there is light at the end of the tunnel.' Soalnya mengapa susah? 

Emas jika kekal sebagai emas adalah berharga tetapi kurang bermakna. Manakala emas yg dibentuk menjadi duit dinar emas, gelang, rantai dan cincin mempunyai nilai yang lebih tinggi dari jongkong emas. Dalam proses penukaran ini, emas dilebur, diltempa dan dipanaskan sehingga mendapat bentuk yg diingini. Kemudian emas itu akan dicuci dan digilap dengan detergen sehingga berkilat. Proses ini sungguh menyeksakan. Bahkan harga emas setelah diproses meningkat berkali-kali ganda. 

Sabda Nabi, ''seandainya manusia tahu betapa banyak dosa yg terampun disebabkan musibah, nescaya manusia itu rela kulitnya di siat-siat.' Kesusahan yg disebabkan musibah akan menghapuskan dosa-dosa lalu. Hakikat musibah ialah untuk membawa manusia pulang kepada Allah. Manusia yg bersujud kepada Allah mampu berdiri untuk melakukan apa saja. Ini bukan bermaksud manusia itu tidak dilanda musibah, tetapi bermaksud tiada musibah yg dapat melumpuhkannya. Dia mungkin rebah, tetapi mampu untuk bangun semula. Apabila kita susah, kita kembali semula kepada Allah - keluar dari kesusahan dunia kepada kesenangan akhirat, keluar dari kesempitan dunia kepada keluasan langit Allah. Jangan sesekali berpaling dari peringatan Allah. 

'Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.' (Toha 20:124)

Kesusahan yg dialami didunia ini hanyalah sementara. Kata Imam Syafi'e, 'tidak ada dukacita yg berpanjangan dan demikian juga, tidak ada sukacita yg berpanjangan.' Hidup didunia ini hanya sementara, seperti tidur yg sekejap kemudian kita terjaga di akhirat nanti. Maka kesusahan didunia seperti mimpi ngeri dalam tidur tadi dan akan lenyap apabila kita terjaga. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah. Pertolongan itu sangat dekat, - Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(al Baqarah 2:214).

Buang segala kerisauan dunia dengan mengangkat untuk berdoa. 'When prayers go up, blessings come down.' kata sahabat saya. Worry ends when faith begins. Air mata akan kering, malam akan berakhir dan fajar akan menyinsing. Saidina Ali RA pernah berpesan, 'hanya ditengah kepekatan malam bintang akan dilihat lebih bersinar.' Malah Abdullah Ibn Mas'ud juga pernah berpesan, 'seandainya kesusahan itu terjun ke dalam satu lubang, nescaya kesenangan akan mengikutinya.' Ketika malam semakin pekat dan sunyi, itu petandanya sinar fajar akan menyinsing. Di dalam kesusahan, jangan sesekali putus harapan. Teruskan bersujud dan bersabar - bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah adalah sebagaimana pada sangkaan kita. Don't lose faith. Dua kesenangan akan muncul dari satu kesusahan itu, dan tidak mungkin satu kesusahan mampu menumpaskan dua kesenangan. Yakin, penghujungnya adalah kemenangan dan kemenangan itu adalah pasti (nyata).


Kata Tuhan, 'Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (al Baqarah 2:155)

'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.' (al A'raf 7:128)

Bersabarlah dalam bersabar. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah [al Muddatsir74:7]. Sabar....

No comments: