Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Sunday, November 20, 2011

36 : Dalam hati ada iman 1


Kayu yg bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang yg lurus. Demikianlah, akidah yg cacat tidak akan menghasilkan iman yg sempurna. Iman yg tidak sempurna mustahil melahirkan takwa yg mantap. Takwa tidak bermaksud takut seperti mana yg dianggap oleh orang ramai. Takwa ialah menjauhi atau memelihara diri daripada perkara yg memudaratkan. Umar al Khattab pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab apakah itu takwa.


Lalu Ubai bertanya kepada Umar, 'pernahkah engaku melalui jalan yg berduri.'

Jawab Umar, 'pernah.'

Tanya Ubai lagi, 'apakah yg akan engkau lakukan?'

Umar berkata, 'sudah tentu aku akan berhati-hati.'

'itulah takwa,' jawab Ubai bin Kaab


Dalam erti kata yg mudah, takwa itu menjaga kita agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak terjerumus dalam kemudaratan dan kebinasaan. Manusia yg mempunyai takwa dapat menilai dan membezakan yg mana baik dan buruk. Mereka melihat dengan hati yg terang, bukan dengan mata yg buta. Mereka berusaha memelihara diri dari kemurkaan Allah dan menjauhkan diri dari siksa api neraka. Oleh itu, takwa adalah asas kepada kehidupan. Kehidupan yg sejahtera dibina berdasarkan takwa.


Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim. (at Taubah 9: 108-109).


Sebab turunnya ayat ini ialah kerana ada orang munafik yg membina masjid agar orang-orang Islam dapat bersolat di dalamnya. Masjid ini tidak dibina berdasarkan takwa, hanya dibina agar dapat mengaburi dan menipu mata umat Islam Madinah. Lalu Allah mengutuskan Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW agar merobohkan masjid tersebut (Masjid Dhirar). Ayat seterusnya memberi perumpaan bahawa masjid yg dibina bukan atas dasar takwa seumpama membina masjid di tepi jurang yg akan runtuh, dan ia akan runtuh ke dalam neraka. Ibrah (pengajaran) dari ayat ini ialah apa-apa perkara dalam hidup ini seperti kahwin, belajar, bekerja, memandu kereta, menulis atau membaca perlu dilakukan atas dasar takwa. Perkahwinan jika tidak dilakukan atas dasar takwa akan menuju kekecewaan. Belajar jika tidak dilakukan atas dasar takwa akan menuju kegagalan. Bekerja jika tidak dilakukan atas dasar takwa akan menuju keresahan.


Lihat saja betapa banyak perkahwinan yg dibina melalui baitul muslim, pun hancur berkecai di tengah jalan. Sang suami mudah saja mencari wanita kedua disaat isteri dirumah sarat keletihan. Asasnya mudah, takwa. Pendekatan yg betul (baitul muslim) tetapi niat yg salah akan mengundang musibah. Perkahwinan perlu dibina atas dasar takwa sehingga tamat di syurga. Ia bukan sekadar medan suka-suka.


Kita lihat manusia yg berilmu, mempunyai PhD, bertaraf professor tetapi lantang menentang suruhan-surahan Allah. Tidak sedikit juga manusia yg menjadi sombong kerana ilmu mereka. Ini tidak aneh kerana manusia sebegitu menuntut ilmu bukan kerana takwa. Menuntut ilmu perlu dilakukan atas dasar takwa. Kita taat kepada Tuhan, tetapi kita menuntut ilmu agar mentaati Tuhan dengan lebih baik. Seperti kata Prof. Tariq Ramadan, 'worship God, and use your knowledge to worship God better.' Setiap perkara dalam kehidupan ini memerlukan takwa sebagai dasar, asas pelaksanaan dan matlamat kehidupan, bukan hanya kahwin dan belajar sahaja.


Indahnya hidup andai mempunyai takwa, asas dalam kehidupan.


No comments: