Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Tuesday, November 15, 2011

35 : Falsafah Cinta 1

Tiada formula yang mudah untuk merumuskan cinta. Lima perkataan, ringkas sebutan tetapi kompleks pengertian. Awalnya cinta dipuja, akhirnya manusia kecewa. Barangkali di depan saya adalah contoh-contoh jutaan kekecewaan yg membunuh definisi cinta. Cinta itu ada sebelum dan selepas. Sebelum cinta ialah percaya, selepas cinta ialah pengorbanan. Jika sebelum dan selepas cinta tiada apa-apa, maka ruang ini adalah di isi dengan kekecewaan. Cinta tidak akan hadir tanpa percaya, cinta tiada makna tanpa pengorbanan.


Benih yang menumbuhkan cinta mesti mempunyai rasa percaya. Maka tidak hairan jika ahli falsafah mengatakan bahawa - dipercayai itu lebih penting dari dicintai. Rumah tangga yang bergolak bukan kerana tiada cinta, tetapi tiada rasa percaya. Akhirnya cinta yg sedang mekar tadi layu. Lama-kelamaan ia jatuh menyembah bumi. Sebab itu dalam rukun iman, asasnya adalah percaya, percaya kepada enam perkara - Allah, Rasul-rasul Allah, Kitab Allah, Malaikat, Akhirat dan Ketentuan-pelaksanaan dari Allah. Manusia yang tidak rasa percaya yang mendalam, mustahil menjadi manusia yang beriman. Mustahil juga jika manusia yg tiada rasa percaya dapat berkorban untuk agama. Manusia yg tidak percaya malaikat dan akhirat, tidak akan menunaikan solat. Manusia yang tidak percaya kitab Allah, mustahil akan menegakkan hukum-hukum Allah.


Baik rumah tangga, cinta kepada manusia, cinta kepada Allah dan Rasul-rasul Allah, asasnya adalah percaya. Cinta itu perlu dipertahankan dengan pengorbanan. Orang-orang yg beriman berkorban masanya untuk bangun malam bertahajud, berkorban hartanya untuk dakwah dan berkorban tenaganya untuk menjihad. Inilah hakikat cinta. Dalam rumah tangga, suami perlu berkorban keegoannya dan bertolak ansur, isteri berkorban perlu berkorban emosi untuk memahami suami. Yang menjulang cinta setinggi gunung ialah percaya, yang mengekalkan cinta di puncak gunung ialah kepercayaan. Aneh sekali orang yg mempunyai rasa percaya tetapi tidak sanggup untuk berkorban. Adakah cinta...?

No comments: