Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Thursday, October 14, 2010

Semesta bertasbih

Manusia selalunya angkuh walaupun khidmat mereka pada Tuhan tidaklah seteguh mana dan sumbangan mereka kepada langit dan bumi tidaklah sebesar mana.

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (surah al-Isra' 17:44)

Sedangkan yang lebih besar dan yang lebih kecil daripada manusia sentiasa bertasbih memuji Allah tetapi kita saja yang tak mengerti. Wajar kita sebagai manusia mempunyai rasa malu kerana langit dan bumi yang lebih besar dan hebat sentiasa bertasbih kepada Allah. Mereka istiqamah. Mampukah kita menjadi seperti alam semesta yang sering bertasbih kepada Tuhannya?

Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.” (Qs. Al-Kahfi: 54)

Allah menceritakan bahawa manusia adalah sesempurna kejadian kerana manusia dikurniakan akal dan mampu berfikir. Malang sekali apabila kita tidak menggunakan akal ini untuk mencari kebenaran agar bertemu Tuhan.

"Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar." (Fussilat, ayat 53)


No comments: