Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Monday, October 11, 2010

Apa lagi selepas bersabar?

Barangkali susah untuk mengaku kita adalah hamba-hambanya yang terpilih untuk di uji. Ini ayat al Quran yg selalu dipetik apabila kita dilanda musibah atau ujian;

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?" (al Ankabut 29:2)

Tuhan telah mengingatkan manusia bahawa mereka akan sentiasa diuji. Namun ketika ujian atau musibah, berapa ramai yang kembali ingat kepada Tuhan mereka atau berapa ramai yang kembali kufur?

Dan setelah keimanan teruji, Allah akan menguji keikhlasan kita. Sejauh mana kita mampu beribadat kepada kepada Allah tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun melainkan rahmat dan ampunan-Nya.

Selalunya, yang banyak diulang-ulang itu jugalah yang susah dipraktikkan. Malah begitu banyak sekali ayat-ayat al Quran yang membicarakan sabar sebagai kriteria orang beriman. Lalu Tuhan mengangkat darjat orang yang mampu bersabar sebagai manusia yang benar-benar beriman.

‘Dan Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah, 155).

Mungkin kita perlu lebih telus berbicara dengan diri, kerana keikhlasan yang sedang diuji. Allah, Dia berbicara denganmu, "dari hati ke hati".

No comments: