Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Sunday, October 17, 2010

(10) Mencakar langit


Ketika bajet 2011 diumumkan, saya terkesima mendengar peruntukan sebanyak RM 5 billion untuk pembinaan bangunan pencakar langit. Pandangan pendirian saya adalah lebih aula dan afdhal duit itu diperuntukkan untuk mentarbiah manusia. Tamadun atau peradaban yang gemilang dibina oleh insan, bukan bangunan. Rakyat didahulukan, bangunan kemudian.

Seharusnya kita tak perlu mengikut telunjuk “negara maju” seperti Taiwan dan Hong Kong. Jenayah disana saja sudah menggemparkan. Apa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia ialah sistem pengajian, kesihatan, pengangkutan dan sumber air yang lebih baik. Malah duit sebanyak itu juga lebih baik disalurkan untuk peningkatan kawasan kejiranan yang lebih selamat. Mari kita kenang kisah Fir’aun yang ingin membina piramid menuju ke langit untuk mencabar Tuhan Nabi Musa AS. Lalu Allah murka dan menenggelamkan Fir’aun bersama pengikutnya di laut. Malaysia sendiri sudah mempunyai sejarah hitam. Selepas terbinanya bangunan KLCC, 26 Dec 2004 negara dilanda tsunami. Tak Nampak lagikah kita kepada bala Allah?

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (ar Rum 30:41).

Apa yang sebenarnya kita banggakan dengan bangunan setinggi 100 tingkat dengan perbelanjaan setinggi RM 5 billion? Mahu hebat di mata dunia? Mahu diiktiraf sebagai negara maju? Australia adalah negara maju, tapi tiada bangunan setingggi langit. Jerman juga negara maju, tetapi tiada bangunan setinggi langit. Apa yang memajukan mereka? Jawapannya mudah; budaya cintakan ilmu (dan membaca). Kelemahan kita adalah kerana ketidak-cintaan kita terhadap ilmu, keruntuhan moral dan sahsiah. Kita sebenarnnya jauh dari al Quran dan Sunnah. Malah Amerika sendiri pun sudah menghentikan pembinaan bangunan pencakar langit. Aneh..!! Kita saja yang terhegeh-hegeh maju megah di mata manusia (dan Amerika).

"Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu.” (al A’raf 7:48).

Saya khuatir jika kita terburu-buru memburu pujian manusia, kita dihinakan pada pandangan Allah. Dan firman Alllah lagi dalam surah at Tahrim ayat 6, “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;”.

Saya bimbang batu-batu yang digunakan untuk membina bangunan pencakar langit itu dijadikan bahan bakar dalam api neraka.

No comments: