Saya jarang bercakap, mungkin tidak suka atau malu untuk bercakap, mungkin juga takut "cakap tak serupa bikin". Seperti sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja.".
Dan saya juga khuatir jika Allah melaknat saya dengan apa yang telah saya perkatakan seperti yang telah difirmankannya dalam Surah As-Saff, ayat 2 dan 3, "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
Akan tetapi menulis adalah lebih berbahaya kerana apa yang dituliskan akan direkod selama mungkin sedangkan apa yang dicakap mungkin akan dilupakan selepas beberapa ketika. Selamanya saya lebih senang untuk berkomunikasi melalui penulisan kerana bicara saya kurang memuaskan. Sama ada menulis atau berbicara, sewajar kita bersederhana dan tidak berlebihan (melampaui batas).
Saya kembali menulis setelah beberapa lama berhenti. Semoga apa yang saya tulis mampu memberi manfaat untuk tamadun manusia dan idea-idea/pandangan saya tidak terkubur oleh putaran masa. "Tanda akrabnya seseorang hamba dengan Allah adalah apabila dia banyak berkhidmat kepada manusia", oleh Ust Pahrol Juoi. Jika tak mampu atau malu berbicara, menulislah..!!
Menulislah dari hati, bukan mengikut emosi.
No comments:
Post a Comment