Hakikat kejadian manusia ialah mereka sering terlupa. Yang membiarkan nafsu menguasai akal adalah kerana mereka terlupa pada Tuhan, yang membiarkan maksiat meminggirkan maaruf adalah kerana manusia terlupa syurga dan neraka, yang membiarkan hati tunduk kepada dunia dan melupakan akhirat adalah kerana manusia terlupa bahawa dunia itu sementara dan akhirat itu kekal abadi. Lalu Tuhan berfirman dalam surah al Baqarah ayat 286,
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Ketika membaca mathurat, mungkin kita kurang memahami maksudnya maka kefahaman itu tidak mengolah hati untuk sentiasa ingat kepada Tuhannya. Kita sering terlupa dalam kehidupan ini. Tetapi indahnya hidup ini adalah bila manusia melakukan kesalahan kerana terlupa, dia sedar bahawa ada Tuhan yang sentiasa mengampuni hambanya.
Dan apabila Tuhan menguji dengan musibah, mehnah dan tribulasi, maka sesungguhnya Allah mengetahui kadar kemampuan dan batas keupayaan hambanya. Allah hanya menguji kesetiaan hambanya kepada Tuhannya. Maka layakkah kita mengambil sesuatu selain Allah sebagai kekasih?
No comments:
Post a Comment