Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Friday, August 5, 2011

29: Small but Significant 1

Salam Ramadhan


Alhamdulillah, kita sudah sampai pada hari ke-4 Ramadhan. Ada satu peringatan untuk diri saya sendiri.


Saya selalu mengingatkan diri saya agar optimis biar bertempat. Seandainya kita tidak mampu menyumbang besar untuk agama, berilah sumbangan kecil yg bermakna. Seperti contoh kita tak mampu untuk menaja makanan kepada semua hadirin untuk berbuka puasa di surau/masjid. Tapi kalau kita mampu sumbangkan tisu atau pinggan plastik pakai buang atau bekas polystyrene, itu pun sebenarnya dah cukup bagus. Semua orang boleh guna. Sumbangan yg kecil, tetapi besar manfaatnya.


Seandainya kita tak ada masa untuk masak jamuan kepada hadirin sewaktu berbuka, mengapa tidak kita luangkan masa hanya 5-10 minit untuk basuh pinggan mangkuk selepas hadirin selesai menjamah. Kadang-kadang terlalu asyik untuk menunggu sedia (to be ready), sehingga terlepas peluang-peluang kecil untuk mendapat pahala. Usia kita akan berakhir tapi pahala kita takkan habis.


Tidak ada balasan kepada kebaikan kecuali kebaikan (pula) (ar Rahman 55:60)


Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu ‘Abdurrahman, Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susulilah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan yang akan menghapuskan dosa tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik”.


Seperti yang diungkapkan oleh Qardhawi dalam bukunya, Madrasah Tarbiah Ikhwanul Muslimin (Hasan al Banna), Allah tidak melihat kepada bentuk (lahiriah) tetapi kepada hati dan tidak memberi balasan berdasarkan jumlah amal yang nampak, tetapi berdasarkan keikhlasan yg berada disebaliknya. Allah tidak menerima, kecuali amal yg ikhlas kerana-Nya. Dialah yg paling tidak menghargai syirik, sedang riya' adalah syirik yg tersembunyi.


Seperti juga yg diungkap oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah (HAMAS), "Jangan jadikan hidup anda hanya 3 baris di atas nisan."

Nama : Mat Rock

Tarikh lahir : 08/xx/198x

Tarikh mati : xx/xx/2xxx

Sumbangan pada agama : tiada

Sumbangan pada ummah : tiada

Sumbangan pada negara : tiada


Lalu apa sumbangan kita sewaktu hidup di atas dunia ini? Habuan untuk ke akhirat bagaimana?


Imam Asy Syahid Hasan al Banna menukilkan didalam risalah Usul 20 (Usul Ishrin) tentang tawasul dengan amalan baik, "Ya Allah, jika aku pernah melakukan amal kebaikan kepada-Mu, maka engkau keluarkanlah aku dari kesulitan hidup ini". Ini sebenarnya dari hadis yg sahih. al Marhum Mufti Ishak Baharom pernah menulis tentang tawasul melalui amalan baik yg berlaku kepada tiga orang Bani Israel yg soleh yg terperangkap di dalam gua. Saya rasa tajuk buku itu ialah Kisah Benar dari Hadis-Hadis Sahih (harga RM14 kot). Nik Aziz juga memberi pandangan sisi kepada buku ini.


Jika kamu berbuat baik, (bererti) kamu berbuat baik kepada diri kamu sendiri (al Isra 17:7)


Yang menjadi masalah pada pandangan kita ialah kita sentiasa anggap yg besar itulah yg bermakna dan bermanfaat. Kita seperti tidak rela atau redha untuk melakukan tugas-tugas kecil seperti basuh pinggan, fotostat bahan-bahan risalah dan etc. Kita hanya menunggu untuk berada di saf hadapan, atau di saf pimpinan barulah nak menyumbang. Sedangkan Allah akan bertanya tentang amal-amalan kita di dunia, tentang masa kita, tenaga kita, harta kita, umur kita - bagaimana ia dimanfaatkan.


Kita masih ada lagi 27 hari untuk Ramadhan, marilah kita manfaatkan tenaga, umur, harta kita untuk mendidik jiwa memberi sumbangan kepada agama. Tak mampu lakukan (berikan) sumbangan yg besar, mulakan dengan yg kecil dan bermakna. Yang penting ialah ikhlas.


Ketika saya buat Medical Check-up untuk dapatkan VISA, doktor itu tanya, "Kenapa nak buat PhD dalam Nanotechnology? Semua orang sekarang tumpu kepada benda besar-besar seperti kenderaan, bangunan, jambatan. Jawab saya, "Yes, Nanotechnology is small, minute scale in atomic (quantum) regime. SMALL BUT SIGNIFICANT".


Jadikan Ramadhan kali ini sebagai madrasah untuk mendidik jiwa mendekatkan diri kepada Allah, membina momentum takwa untuk mendepani 11 bulan yg berbaki. Jangan tunggu nak berharta, ada masa lapang, atau bila betul-betul sihat, baru nak menyumbang. Dengan perkara yg kecil pun kita mampu menyumbang untuk agama ini, moga-moga Allah meredhainya. Remember nanotechnology, "SMALL BUT SIGNIFICANT".




Mat Rock

4:20 am, 4 Aug 2011

Creyke Rd, Christchurch

No comments: