Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Wednesday, January 12, 2011

(18) Aku adalah saham untuk kedua-dua ibu bapaku


Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Hadith Bukhari).

Dalam buku Cinta Di rumah Hasan al Banna, Hasan al Banna pernah berkata kepada anaknya, Saiful Islam, "Hati-hatilah, jangan sampai kamu menganggap ayahmu bermanfaat kepada kamu di akhirat kelak". Jelas kenyataan ini mengingatkan Saiful Islam agar tidak bergantung kepada alim, warak, dan solehnya ayah beliau kerana iman itu tidak dapat diwarisi.

Tetapi setiap anak yang dilahirkan mempunyai tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu bapanya. Ketaatan dan kehormatan. Jangan menjadi seperti Si Tanggang yang memberi kederhakaan kepada ibunya. Kita datang dari perut ibu, dan berkongsi darah dengan ibu. Dari situ kita datang. Kerana itulah sewaktu kita dalam kandungan ibu, alam itu disebut alam rahim (alam yang penuh kasih sayang). Rahim itu adalah salah satu nama Asma Ul Husna milik Allah yang bermaksud penyayang. Kita datang dari alam yang penuh kasih sayang. Sepatutnya kita menjadi seorang yang begitu penyayang terhadap kedua-dua ibu bapa kita.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu". (Luqman 31:14).

Ayuh kita jadi anak yang berguna dan soleh/solehah kepada kedua-dua ibu bapa kita. Katakan pada diri kita sendiri, "Saya adalah saham terbesar untuk kedua-dua ibu bapa saya di akhirat kelak". Balaslah jasa dan pengorbanan ibu bapa dengan menghantar mereka ke syurga apabila kita menjadi anak yang soleh/solehah. Dan itulah harapan terbesar mereka sebenarnya, mahukan kita jadi anak yang berguna, yang mendoakan kepada kedua-dua ibu bapa kebaikan di dunia dan di akhirat.


No comments: