Seorang professor di UM pernah berkata, "Dosa dan pahala sekecil kuantum pun akan diadili oleh Allah. Dunia ini hanyalah pinjaman." Dalam al Quran, Allah banyak memberi perumpaan agar manusia mudah memahi maksud daripada perumpamaan itu.
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (al Zalzalah 99:7-8)
Mengapa zarah? Kerana saiz zarah itu sangat kecil.
Adakah benda yang lebih kecil daripada zarah? Secara istilahnya zarah adalah terlalu umum dan jenis zarah yang terkecil adalah quarks dan lepton. Istilah kuantum sering digunakan untuk merujuk kepada zarah-zarah kecil dalam bidang fizik.
Lalu mengapa Allah tidak gunakan sahaja quarks dan lepton untuk membuat perbandingan? Quarks dan lepton terlalu kecil untuk dilihat biarpun menggunakan mickoskop yang tercanggih dan termahal. Ia hanya dapat dikesan melalui gelombang bukan melalui imej.
Bila mana Allah membuat perbandingan, Allah menggunakan analogi yang mampu dan tercapai oleh akal fikiran manusia. Bukanlah bermaksud Allah malu atau pun tidak mampu menggunakan perumpaan dengan benda-benda yang terkecil atau lebih kecil, tetapi akal manusia yang tidak mampu mencapai kesempurnaan dan kebesaran Allah. Dan sesungguhnya, Allah mendatangkan firman-firman-Nya dalam al Quran yang bersesuaian dengan kemampuan akal manusia agar manusia tidak menjadi sukar untuk menghadam maksudnya.
Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah (Toha 20:2)
Kita selalu menganggap remeh terhadap benda-benda kecil - dosa-dosa kecil, makhluk kecil seperti lalat dan semut, amal kebaikan sekecil membuang duri dijalan. Tetapi yang kecil bisa mempunyai kepentingan yang besar (small but significant).
Raja Namrud mati menderita selama 40 tahun disebabkan oleh nyamuk. Ratusan manusia di Malaysia mati apabila virus H1N1 menyerang. Berapa ramai manusia yang mati baham benda-benda besar seperti harimau atau singa? Secara kontrari, berapa puluh ribu manusia yang mati kerana virus SARS, HIV/AIDS dan H1N1? Kecil, tetapi kuasa pemusnahnya besar.
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, (al Baqarah 2:26)
Dunia sains ketika ini dipelopori oleh nanoteknologi. Nano adalah 10^(-9) meter, seribu kali lebih kecil dari ketebalan rambut manusia. Nanoteknologi adalah sains yang berlaku pada skala kecil, namun impaknya terlalu besar kepada sains dan teknologi - dari gajet elektronik, gjajet magnetik, sensor kimia dan biologi, laser, sel solar hingga kepada sains analitikal.
Kadangkala kita juga merasakan diri kita kecil kerana keupayaan yang terhad atau kelebihan yang sedikit. Tetapi kita mampu memainkan peranan yang besar. Mengoptimumkan keupayaan untuk melahirkan hasil yang besar adalah suatu yang luar bisa yang mampu dilakukan oleh manusia biasa.
Remember nanotechnology - small but significant. La Tahzan, Innallaha ma'ana.


No comments:
Post a Comment