Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Friday, January 22, 2010

Dimana silapnya 'facebooking'

Sejak mula membuka akaun di Facebook, begitu banyak pertambahan kenalan sama ada dari sekolah rendah, menengah atau yg tak pernah kenal langsung. Seakan-akan ia sudah menjadi satu trend yg sangat taboo. Tidak mengapalah. Sangkaan baik saya kita mahu menjalinkan semula silaturrahim yg terpisah buat sekian lama apatah lagi semenjak saya melanjutkan pelajara di luar negeri.

Walhal ini bukan perkara yg menarik minat saya kerana sebelum ini pun masih berhubung di YM, MSN. Tetapi anehnya Facebook lebih di gemari berbanding YM, MSN, dan blog. Saya rasa daya penariknya adalah photo display, tagging, wall status dan lain-lain lagi. Namun kemeriahan yang terlampau ini sudah hilang serinya. Facebook menjadi sumber hiburan yg melaghakan bukan jalinan ukhwah yg merapatkan saff.

Setiap orang berbeza. Saya lebih senang berkomunikasi menggunakan email dan YM. Dan mereka lebih senang berkomunikasi dengan Facebook. Terkadang saya merasakan Facebook ini merimaskan (disgusting and annoying), terlebih-lebih dalam menonjolkan perasaan, meraihkan perhatian dan simpati pihak lain, dan memaparkan gambar-gambar yg kurang menyedapkan mata memandang.

Marilah kita (saya dan kamu) kembali merenung sejenak atas dasar apa kita ber'facebooking'? Apa matlamat dan niat sebenar untuk membuka akaun di Facebook? Dan dimana batas-batas penggunaan Facebook sebagai jalinan perkenalan dan media interaktif?

Kita (saya dan kamu) pasti mampu menjawabnya.

1 comment:

Anonymous said...

kena share dkt note application at fb ni, jzkk for the reminder..