Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Thursday, February 3, 2011

(23) al Fatih


Muhammad al Fateh adalah sosok tubuh idola setiap Muslim. Mengapa al Fatih? Kerana karakternya dibina di atas agama, bukan di atas bangsa Arab atau bangsa Turki. Minda agamanya adalah minda kelas pertama, wawasannya adalah al Quran, akhlaknya mempunyai tawaduk tertinggi.

‎1) al Fatih tidak pernah meninggalkan solat tahajud, solat sunat rawatib dan solat fardhu sejak akil baligh. Ibadahnya sangat mantap. Minda agamanya adalah minda kelas pertama. Bukan hanya sekadar mengetahui tajwid al Quran kemudian tidak memahaminya seperti kita.

2) al Fatih menjadi Sultan pada umur 19 tahun, menawan Constatinople pada umur 22 tahun.

3) al Fatih sangat tawaduk sehingga dia lupa bahawa dia adalah pemimpin. Dia meletakkan serbannya untuk sama-sama mengangkat bata untuk membina benteng bersama-sama rakyat.

4) al Fatih adalah generasi Islam yang Allah mahu tunjukkan bahawa Islam adalah terhebat sepanjang, bukan hanya pada zaman para sahabat Nabi, salafussoleh, tabi'in, thabit tabi'in.

5) al Fatih selalu membincangkan ilmu-ilmu terkini dan semasa bersama guru-guru dan kawan-kawannya. Bukanlah dia bercerita mengenai Liverpool atau Arsenal, cerita hantu Khurafat atau Damping, Skyline atau BMW 3 series. Dia menguasai 7 buah bahasa.

6) al Fatih mempunyai kesabaran yg tinggi. Tenteranya mengangkut kapal melalui jalan darat sejauh 3 batu (5 km) selama 23 hari. 23 hari bersabar dalam keperitan hidup dan kepayahan bukanlah mudah.

7) al Fatih tidak pernah berputus asa. Tiada ada istilah putus asa bagi seorang Muslim. 23 hari bersabar untuk mengangkat kapal melalui jalan darat, mencipta strategi untuk meruntuhkan Constantinople ketika strategi yg ada tidak berjaya.

8) Muhamad al Fatih menjelmakan karakter dari al Quran dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola.

Hadith Nabi SAW dari riwayat Ahmad, "Constantinople akan jatuh ke tangan Muslim. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera."


No comments: