Story teller

My photo
Bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan ajar kamu segalanya

Thursday, November 25, 2010

(12) Banjir


2 November 2010 merupakan titik hitam dalam sejarah Jitra. Hujan yang turun tidak henti-henti selama 3 hari telah menenggelamkan seluruh Jitra. Dan tercacatlah dalam sejarah bahawa banjir kali ini adalah yang terburuk dalam 250 tahun sejarah di Jitra. Takat air di jalanraya meningkat hingga paras dada. Malah lebuhraya di Jitra juga ditutup untuk memastikan keselamatan orang awam. Jitra pada saat itu diibaratkan seperti sebuah pulau. Jalan keluar dari Jitra dipenuhi air dan tidak keterlaluan jika saya katakan pengangkutan utama pada waktu itu sepatutnya perahu atau bot.

Alhamdulillah, ramai mangsa banjir yang terselamat kali ini namun kerosakan harta mencecah ratusan ribu ringgit. Dan sewajarnya kita bersyukur dalam musibah kali ini kerana kita terselamat. Lalu apa ibrahnya didatangnya banjir kali ini?


1) Untuk yang terselamat, supaya kita melihat

Supaya kita menjadi saksi ke atas setiap perbuatan kita, maka Allah selamatkan (hidupkan) kita dari banjir ini seperti mana Dia hidupkan sebilangan orang beriman dalam bahtera Nabi Nuh AS. Dan Allah maha saksi ke atas setiap sesuatu.

Kata Tuhan, "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih", (Nuh 71:1)

Saksikanlah dosa-dosa yang meraka lakukan selama ini dan berazamlah untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang umat terdahulu lakukan. Bersyukurnya kita kerana masih terselamat untuk bertaubat.

"niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu (memanjangkan umur) sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui". (Nuh 71:4)

"Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah". (Nuh 71:25)


2) Allah itu Maha Penyayang, mohonlah keampunan

Allah sentiasa bersama kita sejak kita dilahirkan. Dia menyaksikan jatuh bangun kita semasa mula merangkak, belajar di sekolah, masuk universiti dan hinggalah sekarang. Dan Allah tetap menanti pertemuan kita dengan-Nya. Lalu pantaskah kita berkata Allah itu zalim jika Dia datangkan banjir?

"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri". (Yunus 10:44)

Untuk memperbetulkan apa yang silap, kita harus menilai kembali di mana dan apa kesilapan yang kita lakukan sehingga menzalimi diri sendiri. Allah sesekali tidak akan mendatangkan bala-Nya tanpa sebab. Sebab-sebab itu adalah datang dari tangan kita sendiri, yang mengundang murka Allah.


Banjir kali ini tidak seteruk banjir di zaman Nuh AS. Marilah kita merebut kesempatan yang masih ada ini untuk melihat dan bertaubat. Insaflah wahai diri.

No comments: